Last Update: 29.03.2024

Apps & Gear

Semua barang & gear yang saya senaraikan adalah apa yang saya sendiri guna semasa travel, Saya takkan syorkan apa-apa yang saya rasa tak okay dan saya tak gunakan. kebanyakan link dan gambar adalah link affialiate, so bila anda tekan, saya akan dapat sikit commision. saya harap sangat adik, kakak, bro beli guna link dari saya kat bawah ni bila-bila masa je. Dengan commission ini lah saya boleh survive untuk travel & share segala info dan tips untuk semua. Thank you, Terima kasih, Xie xie, Nandri, Shukran, Arigoto Gozaimasu πŸ™

  1. Vlogging Equipment

Ramai yang tanya aku pakai kamera apa buat video. Masa mula-mula nak start travel vlog dulu aku selalu teragak-agak, okay ke kalau buat video pakai equipment itu ini, kalau quality tak sampai macam mana. sebenarnya Kamera apa pakai isu nombor 2. Janji BUAT! phone sekarang pun dah cukup perform! equipment mahal story takde tak kemana jugak kan. betul orang cakap, β€œStory Is King”

  1. Sony A7s III. The best investment aku pernah buat dalam hidup aku, beli since 2015. Sony A7s III ni lowlight dia sangat padu. memang sesuai bila travel yang lighting tak menentu dan banyak bergantung pada natural light.

  2. Sony 16-35mm F2.8 GM II. Primary lens yang aku akan bawak ke mana saja aku pergi. 16mm memang focal length yang terbaik untuk vlog. tak terlalu wide dan tak terlalu tight. Kadang-kadang bila aku terpaksa bawak satu lens sahaja sebab takde space, aku akan bawak lens ni. 70%-100% video aku menggunakan lens ni.

  3. RØDE Wireless Pro. Walaupun agak outdated, tapi sound quality memang sangat memuaskan. tak perlu membazir upgrade yang baru sebab masih elok, RØDE berikan official warranty sampai 10 tahun!

  4. DJI Mavic 3. Drone yang paling baik setakat ni, dengan resolution 5.1K, 10 bit. memang cantik sangat untuk capture epic moment!

 

2. Camera ACCESSORIES

 

3. Favorite Gear

 

3. Lagu & Music Background

Untuk elakkan video aku dari kena copyright kat youtube, aku cari royalty free music kat Epidemic Sound. Memang banyak gila lagu best best kita boleh jumpa kat dalam Epidemic Sound ni. korang boleh dapat free 1 bulan untuk try Epidemic Sound ni bila guna link aku ni ya. https://share.epidemicsound.com/fikrizamri

 

3. Video EDITING SETUP

Setiap orang ada editing software pilihan tersendiri. Aku pilih Adobe ecosystem sebab workflow nya lengkap dari import footage sampai lah render tanpa perlu tukar software lain. Jadi aku boleh siapkan video dengan cepat.

  1. Adobe Premiere Pro. Editing software yang banyak diguna dalam industri perfileman Hollywood! Adobe Premiere Pro ada banyak fungsi seperti cut video, simple vfx, sound design & color grade.

  2. Adobe After Effects. Hanya digunakan khas untuk membuat VFX/CGI dalam sesebuah video.

  3. Davinci Resolve. Lepas aku edit pakai Premiere Pro, aku akan roundtrip timeline aku masuk resolve untuk color grade. memang tak boleh pertikai lagi Resolve ni memang the Best Colour Grading Software yang ada, dan ianya FREE! 🀯

  4. Google Workspace untuk storage, Aku sebenarnya jarang gunakan external hard drive. sebaliknya aku subscribe G Suite Business dan install Drive File Stream. Apa yang best, segala apa yang aku edit akan sync automatic dengan google drive aku in realtime plus dapat unlimited storage! so kita boleh access footage or gambar travel dekat mana-mana je dalam dunia selagi kita ada internet 😊. Kalau korang nak subscribe G Suites, Harap boleh gunakan referal code aku ni untuk discount 20%. Terima kasih πŸ™πŸ‘‰ W93UYC6FFXPJDG9

 

4. PHOTOGRAPHY TOOLS

Travel dengan fotografi memang tak dapat dipisahkan. gambar-gambar diambil sebagai sebagai journal atau kenangan di sesuatu tempat yang kita pernah pergi. Mesti tersenyum sorang-sorang bila tengok gambar kenangan travel masa muda-muda kan. Simpan nanti tunjuk dekat anak cucu

  1. Adobe Lightroom Mobile Memang tak dapat dinafikan sekali lagi Adobe memang power bahagian photo editing ni. Lightroom mobile best sebab mempunyai fungsi import Lut/preset dan kelebihan untuk sync gambar di laptop & phone secara automatik.

  2. Google Photo Aku guna untuk simpan semua gambar dari aku kecik sampai lah sekarang. Disebabkan aku pakai Google Workspace, gambar yang aku simpan 100% original Resolution dan selamat. So memang rugi lah kalau tak pakai. Semua gambar dalam Google photo akan sync dalam cloud, memang selamat kalau phone kena rembat atau hilang.

  3. Sun Surveyor App terbaik untuk plan shooting atau tengok kedudukan bulan, matahari & bintang pada waktu yang kita nak.

  4. Adobe Photoshop Aku hanya guna untuk edit gambar yang memerlukan special touch seperti buang objek yang aku taknak dalam gambar.

 

5. Must-Have Travel Apps (guides & Navigation)

Maps navigation adalah super important untuk traveler. pada zaman dulu, mereka gunakan peta kertas dengan kompas untuk lihat sesuatu arah atau tempat menarik. sejak zaman moden, kewujudan teknologi seperti smartphone banyak mengubah hidup manusia dalam meneroka dunia dengan lebih effective.

  1. Google Maps Aplikasi yang paling penting untuk traveler. kebanyakan aplikasi map yang ada hanya untuk menaiki kenderaan tetapi google maps mempunyai fungsi pejalan kaki yang sangat berguna apabila korang nak pergi tempat jarak dekat. kadang-kadang dekat negara asing, mereka tak faham english. so sebelum korang naik teksi, jangan lupa tunjukkan lokasi yang korang nak pergi pada driver supaya sama-sama tak salah faham. - Tips - Make sure download offline maps kawasan yang korang tuju sementara masih ada internet. Thanks me later πŸ’β€β™‚οΈ

  2. Foursquare kadang-kadang bila search tempat menarik kat google maps, banyak sangat keluar random list sampai pening nak pilih. Masa macam ni Foursquare sangat berguna untuk survey lokasi yang rare. contohnya masa aku kat Phuket, aku dah pusing satu pulau sampai taktahu nak pergi mana dah dengan pantainya yang crowded. Then aku search Foursquare jumpa satu pantai ya allah cantik sangat! hanya ada sorang dua je. Foursquare jugak berguna untuk cari makanan halal yang sedap. satu lagi fungsi best Foursquare ni, korang boleh draw kawasan mana yang korang akan lalu then akan keluar banyak tempat menarik sepanjang jalan.

  3. Rome2Rio Jika korang naik public transport dan korang taktahu macam mana nak pergi sesuatu kawasan, Apps ni akan senaraikan routes dan panduan lengkap macam mana korang nak pergi. siap ada tulis nombor bas yang korang kena naik, sampai nak tukar transit platform mana.

  4. Local E-hailing / Grab Apabila dekat negara luar, geng-geng teksi atau tuktuk negara sana confirm akan ambil kesempatan untuk caj korang dengan harga yang mahal. E-Hailing apps seperti grab ni sangat berguna dan memudahkan korang pergi somewhere takyah pening nak nego. - Tips - sebelum aku naik tuktuk atau teksi, aku akan check harga fare melalui apps grab, then try nego dengan teksi tu harga yang korang tengok dalam apps supaya tak kena game.

  5. Klook adalah website untuk tourist (yang berduit) ni cari tour package. So aku sebagai traveler marhaen ni guna kesempatan untuk usha tempat-tempat best yang selalu travel agency ni offer dalam klook. kita juga boleh beli simcard travel negara yang kita nak pergi lebih awal, dan boleh pos ke rumah atau ambil di airport. so tak perlu pening nak cari simcard local bila sampai kat airport nanti. Kalau korang nak install Klook, Boleh guna Referral code aku ye, boleh dapat discount RM15. Terima kasih πŸ™πŸ‘‰ V76MQL

 

6. Hotels & Accommodations booking app

Kalau korang travel ramai-ramai, orang cakap Airbnb adalah the best option. Aku sendiri tak pernah guna Airbnb sebab personally aku rasa yang Airbnb ni mahal & banyak hidden cost.

  1. Booking.com kadang-kadang sebagai backpacker, kita hanya mampu merancang, tuhan yang menentukan. Apps ni membolehkan kita book hotel atau hostel tanpa bayar dulu, dan kita boleh batalkan tempahan secara free jika plan tak jadi. Tapi jangan lah saje saje main book hotel then cancel pulak.

  2. Agoda personally, aku rasa Agoda paling murah untuk book hotel. aku suka fungsi total price per night, takde hidden cost so tak terkejut bila mula-mula tengok harga murah then bila checkout, harga masyaallah. Aku suka book hostel jenis capsule bila travel, murah dan lebih selamat.

 

7. useful mobile Apps

Bigpay prepaid card berguna untuk kita pakai di oversea, sebab currency exchange dia antara termurah. Korang juga boleh withdraw duit dari semua ATM oversea dengan fixed charge RM10 je, compare dengan card bank lain yang tak tahu berapa dia caj.


Kalau ada terlebih, terkurang, atau ada cadangan, boleh komen di bawah. Terima Kasih ✌️