Dalam sedekad ni, banyak perubahan yang berlaku dalam industri aerial photo & videography. Kalau dulu, nak ambil aerial shot, Cameraman kena susah payah panjat helicopter bagai, tapi sekarang ni duduk mencangkung je, fly drone dah boleh dapat shot yang cinematic.
Tapi untuk yang baru nak mula berjinak-jinak dengan drone, agak pening sebenarnya nak cari yang sesuai dengan kemahuan kita. Walaupun ada banyak pilihan yang ada, tapi semua ada fungsi yang tersendiri. Ada yang saiz besar sangat tapi kualiti gambar cantik, ada pulak yang kecil tapi wind resistant barai. memang kadang-kadang boleh buat kita rambang mata.
Ok cukup dengan pendahuluan.. aku straight to the point eh.
Personally aku rasa, kalau traveler yang nak ambil gambar jalan-jalan biasa, DJI Mavic Mini dah cukup sangat untuk korang. Dengan update baru Mavic Mini, banyak feature yang DJI baru tambah contohnya manual Aperture & Shutter speed. Kualiti Mavic Mini pun not bad sebenarnya. Yang paling penting sekali saiznya yang kecik & ringan senang untuk korang bawak pergi mana-mana bila travel.
Then, DJI Mavic Air 2 ni untuk siapa pulak? 🤔
Bagi aku, Mavic Air 2 ada specific untuk orang yang nak travel, tapi dalam masa yang sama memang dia focus untuk buat video. Contohnya Travel Vlogger, Blogger & Instafamous.
Aku rasa feature Smartphoto Mavic Air 2 ni memang awesome gila! dia stitch kan beberapa gambar untuk hasilkan image HDR yang aku rasa agak solid. boleh try tengok sendiri gambar Raw link kat bawah.
Download Raw photo DJI Mavic Air 2 Smartphoto (DNG Files)
Jujurnya sebenarnya aku rasa feature 48MP photo tu macam agak overated aku tak rasa beza sangat dengan Smartphoto yang aku rasa awesome gila tu. Just saiz gambar dia je besar. korang boleh tengok sendiri link gambar raw kat bawah. Tu sebab tak banyak sangat saya snap gambar dengan 48MP ni.