ASSALAMUALAIKUM
Aku memang tak pernah naik train yang macam KTM ni travel jauh-jauh selain jenis LRT, MRT yang kat KL tu. So awal febuari 2020 yang lepas, aku decide nak start solo travel naik train. Biasalah selalunya first time newbie’s backpacker memang akan pilih thailand sebagai negara pertama diorang. Selain transport nak pergi sana senang, Thailand adalah tempat pilihan backpacker, yang dah terkenal seluruh dunia dengan negara ‘budget friendly’. Negara dia yang cantik tapi tak terlalu mahal sesuai dengan first timer macam aku.
Matlamat utama aku adalah nak rasa macam mana pengalaman naik sleeper train sampai Bangkok. Tapi aku taknak rushing, so aku plan singgah kat Hatyai sekejap untuk pergi Khlong Hae floating market, pastu nak singgah Hua Hin nak tengok apa ada kat sana. Lepas dah buat sedikit research dan checklist lebih kurang, aku pun ready untuk beli tiket train pertama aku sebagai solo backpacker.
TUkar duit Baht
Harga currency setiap money changer lain-lain harganya, walaupun money changer tu sebelah-sebelah, tapi kadang-kadang harga tu macam langit dengan bumi. Sebelum travel, elok tukar duit masa kat Malaysia, senang boleh compare banyak money changer yang ada. Tapi kalau tak sempat tukar duit pun takpe, dalam train pun still ada orang round offer tukar duit. Harga dia pun boleh tahan.
Selalunya duit Baht yang murah sekitar KL ni, kat Mid Valley, aku suggest korang boleh visit website kat bawah untuk check money changer mana paling murah yang dekat dengan korang. https://www.klmoneychanger.com/
Kalau korang ada bank CIMB lagi senang sebab dekat Thailand ni ada banyak ATM CIMB dan korang boleh withdraw pakai card ATM yang biasa tu. tapi jangan lupa sebelum gerak oversea, kena aktifkan dulu CIMB Overseas Withdrawal. Senang je boleh call CIMB customer services atau guna CIMB click je. Boleh tengok step by step dekat link ni 👉 www.cimbislamic.com.my/overseawithdrawal
Tiket Train Online
Korang boleh start survey tarikh & beli tiket train in advance secara online sekurang-kurangnya seminggu sebelum tarikh pergi. takut dah plan bukan main tiba-tiba tiket train takde dah habis.
Ticket ETS ada 2 jenis, iaitu ETS Gold dan ETS Platinum, dua-dua sebenarnya selesa je, bezanya hanyalah jumlah hentian. ETS Gold ada banyak stops, 14-15 station compare dngn Platinum, stops dalam 8 station je. Selain tu, ETS Platinum ada snacks2 diorang akan hantar kat seat kita, ala-ala dalam flight gitu.
Perjalanan KL Sentral ke Padang besar ambil masa 5jam 45min menyusuri malam yang pekat. memang sejuk gila dalam ETS so jangan lupa bawak sweater kalau tak goodluck tahan sejuk sepanjang dalam tu.
Tiket ETS KL Sentral ke Padang Besar, 30/01/2020, (10.50pm - 4.35am) 5jam 45min
ETS GOLD (RM76) - Beli di sini - www.ktmb.com.my
Tiket Hat Yai ke Hua Hin pun ada banyak kelas. 1st Class Sleepers (wifi dan snacks disediakan). 2nd Class Sleepers dan Fan Seat. Aku memang dah mengidam nak rasa macam mana tido dalam train so aku pilih 2nd class sleepers overnight train. tapi kalau nak murah boleh beli yang fan seat punya tapi kematu lah 12jam perjalanan.
Tiket Hat Yai ke Hua Hin, 31/01/2020, (6.45pm - 6.26am) 11jam 41min
2nd class (Sleepers Train) THB1,029 (MYR120) - Beli di sini - www.thairailwayticket.com
TRAVEL SIM CARD
Selalunya bila aku travel, hari pertama aku akan bukak roaming je, then dalam masa sehari tu aku akan cari travel sim dekat local 7-Eleven diorang. Tapi bila kat Thailand ni aku rasa better korang beli travel sim online dari Malaysia sebelum gerak kesana, lagi banyak pilihan yang korang boleh pilih dan takyah habiskan masa berharga korang masa tengah travel, nak mencangkung kat dalam 7-Eleven sambil pilih pelan yang sesuai.
Aku prefer Sim AIS Traveller, dengan harga RM25, korang dapat quota 15GB untuk seminggu. Boleh usha simcard online kat sini & dia akan pos ke rumah korang. 👉 www.klook.com/wifi-sim-card
TRAVEL INSURANCE
Ramai yang selalu terlepas pandang betapa pentingnya travel insurans. Sama je macam insurans biasa, travel insurans akan cover jika berlaku kejadian yang tak diingini contoh kalau luggage atau backpack korang hilang, atau incase hotel atau flight tiba-tiba cancel sebab bencana alam wakaka. Tapi sebenarnya yang paling penting, Travel insurans akan cover medical cost yang harga tak masuk akal kat luar negara kalau korang tiba-tiba sakit masuk hospital sana.
Ada banyak travel insurans kat luar sana, even Airasia sendiri ada travel insurans dengan harga yang boleh tahan. Tapi aku personaly lebih suka guna Allianz travel insurans sebab plan dia straightforward dan boleh cover sehingga RM200,000. Harga travel insurans selalunya bergantung kepada negara mana korang pergi dan berapa lama korang stay kat sana. Aku masih mencari travel insurans yang cover terus setahun, senang sikit. so kalau korang ada pakej yang best boleh recomend kat aku ye, maceh.
Allianz Travel Easy (RM 64) 31/01/2020 - 09/02/2020 (10 hari)
https://getquote.allianz.com.my/travel-care/get-info