Pulau Perhentian di Terengganu merupakan satu destinasi wajib korang kena pergi selepas habis PKP. tapi ramai yang tak tahu banyak lagi tempat menarik untuk korang buat bila bercuti ke Pulau Perhentian. so aku nak bagi tips & tour tempat mana yang korang kena pergi supaya tak rugi bila travel perhentian island.
Meh nak share Itinerary, Tips & Kos Pulau Perhentian (Long Beach) untuk 3D2N
Aku travel Perhentian pada 16 Jun 2020 lepas. seminggu lepas PM umum domestic tourism bukak PKPP.
Aku recomend ambil pakej dengan Travel Agent berbanding Agoda. Kelebihan book pakej dengan agent, diorang akan setelkan semua sekali dari first day korang park kereta, sampai lah korang balik.
Day 1
10 am - Sampai jeti Kuala Besut better makan dulu before naik bot. Sebab makanan kat pulau agak pricey kecuali amik pakej sekali makan. brader bot akan call tanya korang nak gerak pukul berapa then dia akan tanya nak parking ke tak. Jangan risau bot pergi pulau ada setiap jam. kos parking RM10/day.
11.30 am - the best time untuk panjat windmill. korang boleh nampak sun glitter atas air. masa turun dari windmill boleh singgah romantik beach laluan yang sama. aku pun terlepas nak singgah sini haritu
3 pm - Ronda-ronda jalan kaki kat pulau. ada banyak aktiviti kat sini yang korang boleh check it out. Best jalan kaki ayam atas pasir putih tu
5 pm - berenang bawah jeti. jangan risau ada ramai orang yang akan join mandi sekali. korang boleh nampak ikan berenang celah-celah korang. pstt jangan lupa bawak roti, boleh mintak kat kedai runcit kat sana. selalu diorang bagi free je roti yang dah expired.
8 pm - Kat sini ada banyak restoran2 tepi pantai so tak perlu pening nak dinner kat mana. harga makanan boleh tahan lah, dalam rm10 untuk nasi goreng & 4 ringgit air. boleh tengok link aku letak kat bawah. lepas makan kalau ada rezeki, boleh layan brader pulau buat fireshow. memang baek!
Day 2
10 am - Untuk yang ambil pakej snorkeling, selalunya korang akan bergerak jam 10 am sampai 3pm. Just follow je instruction brader bot. memang puas hati
5 pm - The best sunset dekat perhentian, kat coral bay. boleh jalan kaki je dalam 15 minit dari Long Beach. Kalau malas jalan kaki jangan risau ada teksi air, RM10 untuk one way. Memang rugi gila siapa yang tak singgah sini tengok sunset. Coral Bay kurang sesuai kalau nak mandi tapi boleh sewa kayak, sambil tengok sunset. Priceless experience!
8 pm - Pantai Long beach selalunya akan surut pukul 8. so Korang sebenarnya boleh jalan atas pasir malam2 (siang ada air). ramai orang kat sini pusing2 cari kepah. kalau rezeki baik. boleh tengok penyu naik nak bertelur.
Day 3
Selalunya day 3 korang akan rasa. aduhhh kenapa lah ketenangan macam ni akan berakhir?.
2 pm - packing nak balik untuk tempuhi hari hari mendatang. korang boleh inform pakej korang nak balik pukul berapa. bot ada setiap pukul 10am, 12pm & 4pm bergantung pakej mana korang ambil.
Cost Breakdown
Aku personally suka camping, so aku ambil pakej dari Awatif Campsite. Murah gila dengan harga RM145 je untuk 3 malam, semua all in termasuk pakej snorkeling, tent dia pun selesa. recomended!
Awatif Campsite: 018-290 9535
Facebook Awatif Campsite
3D2N tent - RM145 (Kalau walk in maybe dalam RM25/day)
Day 1
Parking kereta - RM15 (harga asal RM30 tapi bahagi 2)
Nasi dagang Kuala besut - RM8
DInner Awatif Cafe - RM14
Day 2
Breakfast Awatif Cafe - RM11
Mineral = 4
Lunch Fisherman village = RM13
Ais Jagung & Super ring = 9
Malam kitorang terlepas makan sebab pergi tengok penyu. Diorang tutup pukul 11. so kitorang makan maggi
Day 3
Breakfast Nugget & Ais Kosong Awatif Cafe = RM11
Lunch awatif nasi goreng USA milo ais = RM20
Total = RM 250
Aku sebenarnya tengah edit video part 2. Nak cerita semua kos travel perhentian dalam video tu. tapi belum siap lagi insyaallah nanti upload.
Terima kasih. boleh follow page sy untuk banyak lagi video travel akan datang. Tiba masa kita merancakkan semula sektor pelancongan negara!
Next trip?
Mount Kinabalu via Ferrata - 31.8.2020
Semporna Island - 6.9.2020
For collaboration/invitation or just want to say hi?
Email to contact@fikrizamri.com